Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada muslimin dan muslimat. Semoga kita memperoleh rahmat dan keberkatan dari-Nya di bulan yang mulia ini Ramadhan al-Mubarak. Sama-samalah kita memanfaatkan ketibaan bulan Ramadhan ini dengan amal ibadah. InsyaALLAH.  :) :) :)

Ramadhan :

Bulan Ramadan, yang di dalamnya diturunkan al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah). Oleh itu, barangsiapa di antara kamu hadir di bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu…

surah Al-Baqarah, ayat 185

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

” Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…….”

Lafaz niat puasa Ramadhan :

Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Semoga Kita Memperoleh Hidayah Dan Keredhaan dari Nya… Amin

Sumber dari Wikipedia.